Wednesday, June 3, 2009

Amalan rasuah dalam negara membimbangkan

ARKIB Utusan Malaysia : 20/05/2009

JOHOR BAHRU 19 Mei - Amalan rasuah di negara ini berada pada paras yang membimbangkan apabila persepsi masyarakat terhadap amalan itu menunjukkan penurunan dari setahun ke setahun.

Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, daripada skala 10 sebagai skor penuh, Indeks Persepsi Rasuah Malaysia berada pada skor 7.04 pada 2006, merosot kepada 6.76 pada 2007 dan turun 6.32 pada 2008."Kebimbangan tinggi masyarakat sehingga menyebabkan indeks persepsi rasuah yang semakin buruk, dipengaruhi kemunculan banyak kes tangkapan, aduan dan siasatan pada tahun lalu. Amalan rasuah ini tidak boleh dihapuskan tetapi kita boleh kurangkan dengan mendadak menerusi penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk lebih agresif menangani gejala ini," katanya.

Definisi rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok) - "perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka."

Malaysia’s Ranking on the CPI
 2006 - 44th
 2005 - 39th
 2004 - 39th
 2003 - 37th
 2002 - 33th
 2001 - 36th

CPI 2006 Ranking within Asia Pacific
 Singapore – 5th
 Hong Kong- 15th
 Japan – 17th
 Taiwan -34th
 S. Korea – 42nd
 Malaysia – 44th
 Thailand – 63th
 China/India – 70th
 Philippines – 121st
 Indonesia – 130th

No comments:

Post a Comment